• Home
  • Aktiviti Semasa
  • YB Dato’ Razali Ibrahim di RTM1 pada Isnin, 15hb Dec. jam 9mlm

YB RAZALI IBRAHIM

Ahli Parlimen Muar

>

Cabaran baru Razali di Finas

Published in November 30th, 2008
Posted by admin in Dari Meja YB, Petikan media massa
No Comments

hi_04.1.jpg

PARA penerima pulangan duti hiburan bersama Razali Ibrahim (lima dari kanan) pada Majlis Sua Industri Bersama Pengerusi Finas di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini. 
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH

 

JAWATAN Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) silih berganti dengan Datuk Razali Ibrahim merupakan penyandang terbaru menggantikan Tan Sri Jins Shamsuddin yang tamat kontrak baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelantikan Razali sebagai Pengerusi baru Finas pada 1 September lalu telah menimbulkan pelbagai pandangan yang skeptikal atau ragu-ragu memandangkan beliau bukannya individu yang datang dari industri perfileman.

Ahli Parlimen Muar, Johor berusia 38 tahun ini mengakui hakikat itu, tetapi pada masa sama beliau meminta semua pihak memberi sokongan kepadanya bagi mempertingkatkan lagi mutu bidang perfileman tanah air pada masa depan.

“Saya memang tidak ada latar belakang dalam bidang perfileman, tetapi saya akan berusaha untuk membantu sedaya upaya saya bagi memajukan bidang ini. Kalau boleh kita mahu tingkatkan lagi mutu filem-filem tempatan.

“Tetapi anda semua (para penggiat perfileman) kenalah yakinkan saya. Ini kerana, produk kita akan dinilai oleh masyarakat. Bagi saya, hiburan bukan setakat jual filem, malah ia lebih daripada itu,” katanya semasa berucap pada Majlis Sua Industri Bersama Pengerusi Finas di Hulu Klang, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim dan para pemimpin persatuan artis tanah air di bawah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim).

Selain mempertingkatkan mutu filem, Razali juga menyeru agar diwujudkan perpaduan yang lebih erat antara persatuan-persatuan artis supaya ia memberi manfaat kepada ahli-ahlinya.

Justeru, katanya, bilangan persatuan yang banyak belum tentu dapat menjamin kebajikan ahli-ahlinya terutamanya ketika memerlukan bantuan sehinggalah ke akhir hayat mereka.

“Kalau banyak persatuan pun susah juga kerana yang paling penting ialah soal kebajikan mereka yang harus dijaga hingga ke akhir hayat. Selain itu, terdapatnya banyak anugerah yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan juga mungkin boleh menjejaskan sesuatu anugerah.

“Kualiti kena jaga tetapi masalahnya suatu penanda aras bagi menentukan anugerah mana yang berprestij atau sebaliknya.

“Pada masa sama, saya juga akan cuba untuk mempertahankan Akta 244 Finas yang antara lain berhubung soal pelesenan VCD, DVD dan sebagainya,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada mampu atau tidak dalam melaksanakan tugas sebagai Pengerusi baru Finas memandangkan pada masa sama sebagai Ahli Parlimen Muar, Razali berkata, beliau sudah biasa dengan bebanan kerja.

“Jawatan sebagai Pengerusi tidaklah seberat jawatan menteri. Setakat ini saya cuma ada dua jawatan sahaja. Inilah cabaran saya. Bagaimanapun, Finas akan menjadi keutamaan saya buat masa ini.

“Selama ini pun saya sudah biasa bergerak aktif misalnya saya sekarang ini turut menganggotai Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan anggota Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” katanya.

Tambah Razali, selama ini Finas bukan setakat membantu perkembangan industri perfileman tanah air, namun pada masa sama turut menjaga kebajikan para artis dengan adanya Skim Belaan Artis.

Menerusi skim itu, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menyediakan dana berjumlah RM5 juta bagi membantu artis-artis yang kurang bernasib baik.

Lima artis veteran dan waris mereka yang telah menerima sumbangan terbaru daripada dana tersebut ialah Datin Umi Kalthum berjumlah RM10,000, Sharifah Aminah (RM5,000), Z. Roslee (RM5,000), Allahyarham Raffi Hussein (RM3,000) dan Allahyarham Nasir Ali (RM3,000).

Pada masa sama, beliau turut menyokong usaha Finas yang kini telah menjadi ahli Asian Film Commision International (AFCI) dan AFC Net yang mempromosikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran filem.

Pada majlis itu, Razali telah menyerahkan pulangan duti hiburan keseluruhannya berjumlah RM1.8 juta kepada sembilan penerbit syarikat produksi yang telah menayangkan 16 filem cereka dari Mei hingga Oktober lalu.

Grand Brilliance Sdn. Bhd. yang menayangkan enam filem iaitu Otai, Gong, Mukhsin, Dunia Baru The Movie, Nana Tanjung 2 dan Senario Pemburu Emas Yamashita sepanjang tempoh itu merupakan penerima pulangan duti hiburan paling banyak iaitu berjumlah RM554,390.

Filem-filem lain yang menerima pulang duti hiburan itu termasuklah juga filem Orang Minyakberjumlah RM28,845, Chermin (RM41,467), Diva (RM49,430), Qabil Khushry Qabil Igam(RM85,678), 9 September dan Congkak (RM215,989), Evolusi KL Drift (RM229,211), Duyung(RM330,626), serta Anak Halal dan Kala Malam Bulan Mengambang (RM338,791).

Pada majlis itu beliau turut menyerahkan peralatan audio visual bernilai RM8,000 kepada 15 ahli Kelab Pencinta Filem yang terdiri 15 buah sekolah yang terpilih di seluruh negara.

 

- Utusan

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm)


continue reading.....

YB Dato’ Razali Ibrahim di RTM1 pada Khamis, 20hb Nov. jam 10pagi

Published in November 19th, 2008
Posted by admin in Dari Meja YB, Wawancara
No Comments

RTM1 akan menyiarkan wawancara Selamat Pagi Malaysia secara langsung dari Parlimen Malaysia dengan tetamu jemputan YB Dato’ Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar dan YB Yusmadi Yusof, Ahli Parlimen Balik Pulau.

Saluran : RTM 1

Tarikh : 20hb Nov. 2008

Waktu : 10 & 10.30pagi

Selamat menonton & terima kasih


continue reading.....

Pemuda Johor sokong Razali

Published in November 10th, 2008
Posted by admin in Dari Meja YB, Petikan media massa
No Comments

JOHOR BAHRU 8 Nov. - Kesemua 26 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor sebulat suara memberi sokongan padu kepada Ketua Pemuda negeri, Datuk Razali Ibrahim untuk memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda peringkat kebangsaan pada pemilihan parti Mac depan.

Mereka yang termasuk 20 muka baru berjanji memberi sokongan tidak berbelah bahagi untuk memastikan Razali terpilih dan dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pergerakan itu di peringkat kebangsaan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Syed Hood Syed Edros berkata, keputusan untuk memberi sokongan berkenaan diperoleh menerusi mesyuarat yang diadakan bersama kesemua ketua Pemuda bahagian.

“Kami semua sebulat suara, tanpa seorang yang membantah untuk memberi mandat kepada Razali meneruskan perjuangan dan memastikan kemenangannya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Beliau sememangnya seorang pemimpin yang berpengalaman dan amat berkemampuan dalam menjawat jawatan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pemuda UMNO Johor di sini hari ini.

Syed Hood berkata, barisan kepimpinan Pemuda bahagian di Johor akan turut memberi sokongan kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertanding jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan berkenaan.

 

- UTUSAN

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_12.htm)


continue reading.....

Johor Umno Youth backs Razali

Published in November 10th, 2008
Posted by admin in Petikan media massa
No Comments

All 26 Umno Youth divisional heads in Johor today reached a consensus to back Datuk Razali Ibrahim to contest the post of the movement’s vice chief.

Razali is state Umno Youth head and Muar Member of Parliament.

State Umno Youth vice head Syed Hood Syed Edros said the 20 new divisional chiefs and six old faces would ensure Razali win the election in March next year.

Johor Umno Youth also gave full support to Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein as of one of the party’s vice presidents, he said.

Meanwhile, Razali said Pasir Gudang Umno Youth head Rohazam Shah Ahmad would speak for the state’s Umno Youth in the movement’s general assembly in March.

 

— BERNAMA

(http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/NewsBreak/20081108204537/Article/index_html)


continue reading.....

YB Dato’ Razali Ibrahim di Astro Awani (501) pada Isnin, 3hb Nov. jam 9mlm

Published in November 3rd, 2008
Posted by admin in Wawancara
No Comments

 

Astro Awani (Saluran 501) akan menyiarkan program Atma Asia Khas semperna Pemilihan UMNO 2009 dengan tetamu jemputan YB Dato’ Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar yang akan memperkatakan soal misi, visi, pendirian & pandangan bagi memenuhi harapan memartabat agama, bangsa & negara.

Saluran : Astro Awani (501)

Tarikh : 3hb Nov. 2008

Waktu : 9mlm

Selamat menonton & terima kasih


continue reading.....

Tajuk Utama

    • Aktiviti Semasa
    • YB Dato’ Razali Ibrahim di RTM1 pada Isnin, 15hb Dec. jam 9mlm

Terbaru

    • Project to protect farmland in Muar
    • Excessive Demands Could Undermine 1Malaysia - UMNO Youth
    • Razali Ibrahim di RTM1 pada Ahad, 24hb Mei. jam 9mlm
    • Razali dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi UMNO
    • Grab your slice, Razali tells youth

Kategori

    • Dari Meja YB
    • Petikan daripada media massa
    • Petikan media massa
    • Wawancara

Arkib

    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • July 2008

Jumlah Pelawat

  • free hit counter script

BLOG YB RAZALI IBRAHIM

  • Blog ini adalah ruang untuk saya dan juga rakan rakan kerja saya di pusat khidmat untuk menyampaikan maklumat kepada warga Muar. Saya juga boleh menerima cadangan dan komen dari penduduk Muar di Blog ini. - Razali Ibrahim

Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
©2009 YB RAZALI IBRAHIM
Powered by WordPress | Theme designed by Pragya, Web Development wing of Steve Arun, Small Business marketing specialist.