• Home
  • Aktiviti Semasa
  • YB Dato’ Razali Ibrahim di RTM1 pada Isnin, 15hb Dec. jam 9mlm

YB RAZALI IBRAHIM

Ahli Parlimen Muar

>

Razali dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi UMNO

Published in April 26th, 2009
Posted by admin in Dari Meja YB, Petikan media massa
No Comments

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) — Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing menerajui Badan Perhubungan Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan manakala Umno Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing dipimpin oleh tiga Naib Presiden manakala Perak diterajui oleh Menteri Besar.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Pulau Pinang, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Terengganu) dan Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir mengetuai Umno negeri tersebut.

Ketika mengumumkan rombakan kecil barisan kepimpinan Umno negeri dan ibu pejabat parti di sini hari ini, Najib mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agung dan melantik Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Bendahari Agung yang baru menggantikan Datuk Abdul Azim Zabidi.

Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan dilantik Ketua Penerangan Umno bagi menggantikan Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

“Pelantikan-pelantikan ini berdasarkan peruntukan perlembagaan Umno,” kata Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, yang pertama dipengerusikannya selepas mengambil alih pucuk kepimpinan parti pada 28 Mac lepas.

Dalam pemilihan Umno Mac lepas, Mohd Ali dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno kerana melanggar etika parti, Rafidah gagal mempertahan jawatan Ketua Wanita manakala Abdul Ghani dan Shahidan gagal dalam pemilihan jawatan Majlis Tertinggi.

Najib berkata bekas Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir juga dilantik menjadi anggota MT.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri-negeri yang dilantik ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin (Perlis), Datuk Ahmad Bashah Md Hanapiah (Kedah), Datuk Zainal Abidin Osman (Pulau Pinang), Datuk Ahmad Husni Hanadzlah (Perak), Datuk Noh Omar (Selangor), Raja Nong Chik (Wilayah Persekutuan).

Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Negeri Sembilan), Datuk Wira Abu Seman Yusop (Melaka), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (Johor), Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (Pahang), Datuk Ahmad Said (Terenggganu), Datuk Awang Adek Hussein (Kelantan) dan Datuk Seri Salleh Said Keruak (Sabah).

Najib berkata semua Menteri Besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput ke mesyuarat sebagai yang turut hadir dalam mesyuarat.

Kelantan dan Perlis turut mendapat Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang baru dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed menggantikan Tan Sri Annuar Musa di Kelantan manakala Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang dikekalkan ialah Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Abdul Ghani Othman (Johor) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan).

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama lebih tiga jam itu, Najib turut mengumumkan tiga wakil sayap parti sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) iaitu Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Pemuda dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Puteri Umno Perak Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Sembilan lagi anggota MT Umno yang dilantik ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Mejar Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Empat individu yang pernah berada di dalam anggota Majlis Tertinggi yang dilantik semula hari ini ialah Ketua Menteri Melaka dan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz, Abdul Ghani (Menteri Besar Johor) dan Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis.

Sementara itu, Najib sendiri akan mempengerusikan Biro Politik Umno Pusat dan melantik Muhyiddin sebagai timbalan pengerusinya.

Muhyiddin juga dilantik pengerusi jawatankuasa pengurusan dan Biro Pendidikan Umno pusat.

Najib berkata pelantikan pengerusi biro-biro yang lain akan dibuat pada mesyuarat MT yang akan datang setelah dibincang di peringkat biro politik.

Ditanya mengenai pelantikan semula Rafidah dan Shahidan, Najib berkata kedua-dua mereka diyakini dapat memberi sumbangan kepada parti agar ada kesinambungan dan pembaharuan dalam parti.

Ditanya mengenai isu di Terengganu sekiranya membabitkan pertukaran Menteri Besar, Najib berkata : “Soal MB (menteri besar) lain, ini politik, parti.”

Mengenai pelantikan Timbalan Presiden Umno dan Naib Presiden Umno ke jawatan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, beliau berkata ia dilakukan sekiranya ada keperluan.

 

- Bernama.com

(http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=406636)

 


continue reading.....

Grab your slice, Razali tells youth

Published in April 23rd, 2009
Posted by admin in Dari Meja YB, Petikan media massa
1 Comment

JOHOR BARU: Youth have been urged to become active participants in economic and investment activities, instead of waiting for windfalls from government programmes.

Deputy Youth and Sports Minister Datuk Razali Ibrahim said youth should use their energy and drive to become active players in the country’s economy.

Razali was speaking to about 5,000 participants at the MSAM Walk, a 3km walk held in conjunction with the Malaysia Unit Trust Week 2009 (MSAM 2009) at Plaza Angsana here yesterday.

He said many investment opportunities were available for the youth.

“The question is not about the availability of opportunities but about grabbing the opportunities provided by the government. 

“It’s better to channel your youthful energy into such activities than to watch the opportunities slip by and then complain about not getting a slice of the economic pie.” 

Razali later visited the exhibition booths of corporate bodies and Permodalan Nasional Berhad investment companies, accompanied by PNB president and group chief executive Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

 

(Excerpt from NST on 19.04.09)

http://www.nst.com.my/Monday/National/2535718/Article/index_html


continue reading.....

YB Dato’ Razali Ibrahim di RTM1 pada Jumaat, 10hb April. jam 10.30mlm

Published in April 10th, 2009
Posted by admin in Dari Meja YB, Wawancara
1 Comment

RTM1 akan menyiarkan temubual Blog@1 secara langsung dengan tetamu jemputan YB Dato’ Razali Ibrahim .

Saluran  : RTM 1

Tarikh   :  Jumaat, 10hb April. 2009

Waktu    : 10.30 mlm (siaran langsung)

Selamat menonton & terima kasih


continue reading.....

Tajuk Utama

    • Aktiviti Semasa
    • YB Dato’ Razali Ibrahim di RTM1 pada Isnin, 15hb Dec. jam 9mlm

Terbaru

    • Project to protect farmland in Muar
    • Excessive Demands Could Undermine 1Malaysia - UMNO Youth
    • Razali Ibrahim di RTM1 pada Ahad, 24hb Mei. jam 9mlm
    • Razali dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi UMNO
    • Grab your slice, Razali tells youth

Kategori

    • Dari Meja YB
    • Petikan daripada media massa
    • Petikan media massa
    • Wawancara

Arkib

    • June 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • January 2009
    • December 2008
    • November 2008
    • October 2008
    • September 2008
    • July 2008

Jumlah Pelawat

  • free hit counter script

BLOG YB RAZALI IBRAHIM

  • Blog ini adalah ruang untuk saya dan juga rakan rakan kerja saya di pusat khidmat untuk menyampaikan maklumat kepada warga Muar. Saya juga boleh menerima cadangan dan komen dari penduduk Muar di Blog ini. - Razali Ibrahim

Meta

    • Register
    • Log in
    • Entries RSS
    • Comments RSS
    • WordPress.org
©2009 YB RAZALI IBRAHIM
Powered by WordPress | Theme designed by Pragya, Web Development wing of Steve Arun, Small Business marketing specialist.